Friday, February 29, 2008

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama.Namun Allah memberikannya kaktus dan seekor ulat.Lelaki ini sedih,tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaanya.Kemudian dia berfikir,Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan.Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.Selepas satu tempoh,lelaki itu memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakan.Lelaki ini terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik.Dan daripada ulat yang terselindung telah bertukar menjadi rama-rama yang sangat cantik.Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul.Cara Allah sentiasa yang terbaik. Walaupun kelihatan semuanya salah.JIka anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah...PERCAYALAH...pasti Allah akan mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.Apa yang anda pinta,tidak semestinya apa yang anda perlukan.Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan anda, teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.DURI hari ini....adalah BUNGA hari esok.ALLAH MENGURNIAKAN PILIHAN TERBAIK KEPADA MEREKA YANG MENYERAHKAN KETENTUAN KEPADA-NYA.SEMOGA ALLAH MERAHMATI ANDA SELALU.AMIN.

No comments: